Wednesday 17 August 2011

Ifthar at IKEA, Mutiara Damansara

Assalamualaikum w.b.t.
Petang tadi aku join meeting antara pihak yg akan menjayakan salah satu satu projek terbesar dalam UIA,haha..projek yg digembar-gembur adalah proses lebih kurang mcm PRK (Pilihan Raya Kampus),tapi instead ade Pro-M n Pro-Aspirasi nanti akan ada 2 parti yg bersaing menarik sokongan para pelajar..yg menghadirkan diri ialah para senior QYC iaitu abg Fadzil,Sustra n aku sendiri..


Dah,back to our topic..lepas meeting tu ditangguhkan untuk mungkin sampai esok dan jam 6.05 ptg kami pun segera mencari tempat untuk berbuka puasa,antara cadangan ialah:


1. Seoul Garden, One Utama
2. IKEA Food Court, Mutiara Damansara
3. Restoran A Malik kat HS Cafe (student UIA familiar la dgn tempat ni,haha..)


n the winner is....IKEA Food Court...n aktiviti kami pun disertai juga oleh seorang lagi senior QYC iaitu ustaz Fadzli yg dikhabarkan baru balik dari Makkah al-Mukarramah selepas menghabiskan kursus bahasa arab di situ..


kami bertolak pukul 6.15 ptg,jalan ke IKEA boleh tahan la jam-nye..so sampai pukul 6.30 ptg macam tu lah..so terus gerak pergi food court..


Alhamdulillah time ni kitorang tak susah nak cari parking,thanks to abg Fadzil
Smaklig Maltid!! 
mula-mula masuk food court nampak pakej buffet Ramadhan,igtkan buffet tu murah tapi berganda-ganda mahalnya..RM 39.90++.. = - ='


meals for ifthar (clockwise): grilled chicken with mushroom sauce,
chicken wings,vegetable pasta, Swedish meatballs
 meal yg aku beli ialah:
- Swedish meatballs (5pcs@RM 5.00)
- Vegetable pasta (RM 5.00)
- Soft drink (RM 1.50)


kelihatan ustaz Fadzli berselera makan,begitu juga Sustra
muka abg Fadzil menunjukkan dia dah konfius nak makan ape..
garfu yg dijatuhkan abg Fadzil,nak makan guna tangan kot.. =D

pasta is so sedap..
ade jugak aku try Cold Prawn,mmg siyes rase macam beli kat pasar borong Selayang tu..tapi lepas beberape jam aku makan alhamdulillah takde rase keracunan makanan,mungkin dah direbus dulu udang tu..

pasca-buka puasa

dari kiri: Ustaz Fadzli,Sustra,Abg Fadzil
alhamdulillah setelah berbuka puasa rase sangat berpuas hati dgn kualiti makanan di situ,macam Quality and Health Control la pulak..rase macam nak try lagi buka puasa kat situ,nasib baik tak ambik buffet yg agak mahal..yg harga bawah RM 20 ni pun dah rasa kenyang..mungkin betul la kenyataan "Time puasa ni nafsu makan membuak-buak,so kena la pandai kawal dan tidak membazir agar kita mendapat keredhaan Allah"


Lastly nak pesan kat semua yang "Harga makanan tu bukan ukuran kesedapan makanan itu,kepuasan adalah lebih penting"


p/s: Abg Fadzil,jom cold prawn..haha..

4 comments: